INTEL dijangka memperkenalkan prosesor berkuasa rendahnya yang dikenali Intel Atom direka khusus untuk peranti Internet mudah alih (MID) bagi pasaran tempatan. Ia yang dibangunkan dengan memberi penekanan terhadap ciri ringkas dan komputer Internet yang mampu dimiliki itu mengetengahkan rekaan yang berasaskan mikro arkitek khususnya untuk peranti kecil dan memerlukan kuasa rendah. Prosesor Intel Atom itu juga masih mengekalkan ciri arahan Intel dua teras duaan bagi membolehkan pemilik menyambungkannya kepada komputer standard dan Internet. Cip baru yang dikenali dengan nama kod Silverthorne dan Diamondville itu akan dibangunkan menerusi proses 45nm Intel dan teknologi hi-k metal gate...Berita Penuh (Berita Harian) |