ICT Information In Learning & Lifestyle

Tajuk1
Masih dalam pembinaan
Tips IT
  • Etika penggunaan telefon ketika memandu kenderaan
  • Kaedah menyambung komputer desktop jarak jauh
  • Kaedah masukkan fail video 'Flash' pada MS PowerPoint
  • Cerita Yang Anda Perlu Tahu
  • Batu Jade simpan khazanah China
  • Long Pa'sia bagai berada di dunia asing
  • Anugerah Alam
  • Harga lintah RM60 sekilogram
  • Benih padi baru tahan yang berkualiti
  • Kenali Ulam: Getang kerabu boleh jadi ubat
  • Resipi mudah taman dapur
  • Sisa tumbuhan suburkan pokok
  • Khasiat asam gelugor dan pucuk paku
  • Sumber angin dalam binaan rumah
  • Kelebihan sungkapan pada tanaman
  • Empat punca pokok mati
  • Tanaman hijau jadi tumpuan
  • Tanaman dalam pasu jika tanah tidak subur
  • Lidah jin pokok hiasan tahan lasak
  • Mengkudu banyak khasiat
  • Khasiat ulam raja
  • Rawatan lintah geli tapi berkesan
  • Khasiat daun Sireh
  • Khasiat Kapur Sireh
  • Khasiat Gambir, Pinang dan Tembakau
  • Khasiat Bunga Cengkih
  • Petua Orang Tua
  • Petua Makanan
  • Petua Menjaga Badan
  • Petua Dapur
  • Petua Dalam Kerjaya
  • Petua kesihatan
  • Petua Masakan
  • Petua Menjaga Mata
  • Petua Menjaga Rambut
  • Petua Tidur
  • Petua Kesihatan-Family Azam Dot Com
  • Jalan-Jalan Cari Makan
  • Mesra.Net
  • Cari Resipi
  • Aneka Selera
  • Resipi Diana
  • Resipi.Net
  • Resipi Malaysia
  • Resipi Daging Ayam
  • Masakan Thailand

  • HUKUM MENIRU DALAM PTK
    Sabtu, Jun 07, 2008
    sumbangan : http://www.zaharuddin.net

    Soalan

    Salam,

    Apa pandangan ustaz guru lulus ujian PTK dan mendapat anjakan gaji dengan meniru semasa peperiksaan (PTK tersebut), bagaimana dengan kenaikan gaji (duit) yang diperolehinya?

    - 60138807885 -

    Jawapan

    Wa'alaikumussalam,

    Saya kira, pembaca sekalian pun mampu memberi jawapannya. Cuma saya agak pelik jika perkara ini benar-benar berlaku, jika guru pun meniru, sudah tentu anak muridnya di sekolah juga akan jadi kaki meniru.

    Meniru Dalam Peperiksaan

    Tahap Kecekapan (PTK)

    Soalan

    Salam,

    Apa pandangan ustaz guru lulus ujian PTK dan mendapat anjakan gaji dengan meniru semasa peperiksaan (PTK tersebut), bagaimana dengan kenaikan gaji (duit) yang diperolehinya?

    - 60138807885 -

    Jawapan

    Wa'alaikumussalam,

    Saya kira, pembaca sekalian pun mampu memberi jawapannya. Cuma saya agak pelik jika perkara ini benar-benar berlaku, jika guru pun meniru, sudah tentu anak muridnya di sekolah juga akan jadi kaki meniru.

    Anak murid kaki meniru itu pula akan menjadi guru di masa hadapan dan juga meniru dalam PTK nya, maka kitaran orang meniru akan menjadi semakin panjang dan kualiti semakin kurang sehingga lahirlah penganggur dan pekerja yang tidak produktif, kaki bodek dan rasuah.

    Dari sudut hukum, asasnya adalah :-

    1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Sebuah hadis :-

    أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

    Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

    2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-

    إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

    Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

    3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-

    قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

    Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

    Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram bagi guru dan murid kerana ia adalah satu bentuk penipuan.

    Dari hadis ketiga juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji guru tadi juga adalah dikira pendapatan yang haram.

    Amat malang, penipuan yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya apabila kehidupan harian mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung haram tanpa mereka sedari.

    Dosa ini ibarat 'time bomb' yang amat menderitakan di alam barzakh, ibarat 'time bomb' yang akan meletup sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam keadaan sebegini, adalah mati dengan penuh dosa disebabkan hartanya.

    Tindakan

    Tindakan ' u turn' bagi mereka yang telah terlanjur begini adalah dengan segera bertawbat, melupuskan harta yang haram secara ansuran, memperbanyakkan sedeqah dan juga meningkatkan kualiti diri sesuai dengan nilai 'PTK tipu' yang diperolehinya.

    Itu sahaja yang sempat saya fikirkan sebagai jalan keluar di ketika ini. Moga orang yang terjebak akan beroleh keampunan Allah SWT.

    Ke Kubur Juga Akhirnya

    Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya?. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia. Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.

    Nabi SAW bersabda :-

    أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت

    Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)

    Sekian

    Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharuddin.net/

    27 Ogos 2007

    14 Syaaban 1428 H

    posted by nawee @ 7:32 PTG   0 comments
    Berita dari Maluku
    Jumaat, Jun 06, 2008

    Pemindahan kubah dari masjid lama ke masjid yang baru di Desa Kailolo, Pulau Haruku, Maluku Tengah, Indon hanya dengan zikirullah. Seramai 3000 orang qiyai telah berkumpul dan berzikir di masjid tersebut dan dengan Rahmat Allah kubah dari masjid lama "diangkat" dan "diletakkan" di atas menara masjid yang baru.... Allahuakbar !!!

    posted by nawee @ 10:41 PTG   0 comments
    Diri Saya

    Name: nawee
    Home:
    About Me:
    See my complete profile
    Post Terdahulu
    Archives
    Pautan

    web counter

    Powered by

    BLOGGER

    © 2008 ICT Information In Learning & Lifestyle